Kemalangan kapal persiaran terbesar dunia ragut satu jiwa

Kemalangan kapal persiaran terbesar dunia ragut satu jiwa

MARSEILLE, 14 Sept – Seorang anak kapal warga Filipina terbunuh kelmarin semasa latihan keselamatan dijalankan pada kapal persiaran terbesar dunia, Harmony of the Seas, semasa ia berlabuh di Marseille, kata seorang pegawai bandar.

Mangsa berusia 42 tahun dan empat anak kapal lain yang berada dalam bot penyelamat itu menjunam 10 meter (35 kaki) ke dalam air semasa latihan keselamatan di pelabuhan selatan Perancis.

Tiga warga Filipina lain dan seorang lelaki India cedera dalam kejadian itu, dan dua daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Jurucakap Perkhidmatan bombo berkata: “Seorang terbunuh dan empat yang lain cedera, termasuk dua yang dalam keadaan kritikal.”

Timbalan Datuk Bandar Marseille, Julian Ruas memberitahu AFP bahawa bot penyelamat terpisah daripada kapal dengan lima orang berada di atasnya dan “jatuh menjunam 10 meter” ke dalam pelabuhan.

Kapal persiaran The Harmony of the Seas berlabuh di pelabuhan Marseille, selatan Perancis, kelmarin. – AP
Kapal persiaran The Harmony of the Seas berlabuh di pelabuhan Marseille, selatan Perancis, kelmarin. – AP

Pendakwa bandar itu, Xavier Tarabeux berkata latihan keselamatan sama dijalankan di atas kapal itu setiap minggu. Siasatan akan dibuka untuk mengetahui mengapa “kabel itu terlepas” dari bot penyelamat itu, kata pendakwa.

Royal Caribbean berkata dalam satu kenyataan: “Kami mengucapkan takziah kepada rakan-rakan kita dan keluarga mereka.”

The Harmony of the Seas belayar ke Marseille pada awal hari kelmarin dari pulau Mediterranean Sepanyol, Majorca.

Kapal itu telah dijadualkan belayar ke Itali selepas itu. Siasatan insiden bot penyelamat dijangka melambatkan waktu berlepas sehingga hari ini, kata pendakwa.

Kapal persiaran seberat 120,000 tan itu dikendalikan oleh Syarikat Royal Caribbean yang beribu pejabat di Florida memulakan perkhidmatan sejak Mei lalu.

Dengan ketinggian 66 meter, ia adalah kapal persiaran terbesar pernah dibina. Panjang 362 meter menjadikan ia lebih 50 meter tinggi daripada Menara Eiffel.

Ia adalah kapal dengan binaan 16 tingkat dan mampu membawa lebih 6,000 penumpang dan 2,400 anak kapal. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA