Kemalangan kereta api di New Jersey, 1 maut

Kemalangan kereta api di New Jersey, 1 maut

HOBOKEN, Amerika Syarikat (AS), 30 Sept – Kereta api laju ulang-alik yang merempuh stesen New Jersey ketika waktu sibuk sebelah pagi semalam, mengorbankan seorang dan mencederakan 114 orang lagi, telah mengakibatkan kebinasaan besar di pusat pengangkutan dan kemasukan ke Manhattan.

Kereta api itu memasuki stesen Hoboken ‘pada kadar kelajuan tinggi’ dan merempuh perintang dan tembok dalam terminal, menurut gabenor New Jersey, Chris Christie.

Seorang penduduk Hoboken berusia 34 tahun yang dikenal pasti oleh pemeriksa perubatan kerajaan sebagai Fabiola Bittar de Kroon, sedang berdiri di platform apabila dia dilanggar dan terbunuh akibat serpihan-serpihan dari kemalangan itu, Christie memberitahu CNN. Dia adalah satu-satunya kematian yang disahkan. Jurutera kereta api itu telah menerima rawatan di hospital setempat sebelum dibenarkan keluar dari hospital dan bekerjasama dengan penyiasatan ke atas kemalangan itu, menurutnya lagi.

Gambar yang disediakan oleh William Sun, menunjukkan kerosakan struktur di stesen keretapi di Hoboken, New Jersey, selepas kereta api komuter Transit New Jersey merempuh stesen tersebut semasa waktu puncak, kelmarin. - AP
Gambar yang disediakan oleh William Sun, menunjukkan kerosakan struktur di stesen keretapi di Hoboken, New Jersey, selepas kereta api komuter Transit New Jersey merempuh stesen tersebut semasa waktu puncak, kelmarin. – AP

Video dan gambar di media sosial menunjukkan kerosakan serius pada injap transit di seberang Sungai Hudson dari Manhattan, manakal keadaan kereta api itu dibelit wayar-wayar dan serpihan mengakibatkan bahagian bumbung terminal tersebut roboh.

Terminal Hoboken adalah pengangkutan utama bagi kereta api dan bas New Jersey, dan juga feri dan kereta api ulang-alik PATH yang membawa para penumpang ke New York.

Kenneth Garay, ketua pegawai perubatan di pusat perubatan Jersey City berkata para doktor merawat para pesakit yang mengalami patah tulang, kecederaan dalaman dan luka-luka. – AFP