Kemalangan libat dua buah kereta

Kemalangan libat dua buah kereta

Oleh Rahmat Hj Abdul Rahman

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 April – Seorang pemandu mengalami kecederaan apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di simpang Jalan Sarai Pimpin, Kampung Kapok, kira-kira 8:30 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, kereta mangsa melanggar tiang besi dan mengalami kerosakan teruk pada bahagian depan dan enjin.

Mangsa telah dirawat oleh anggota paramedik sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Manakala itu, pemandu sebuah lagi kereta yang terlibat dalam kejadian itu tidak mengalami kecederaan, dan keretanya hanya mengalami kerosakan ringan.

Anggota polis dari Balai Polis Muara dan Jabatan Siasatan Kawalan Lalu Lintas berada di tempat kejadian untuk menyiasat kemalangan dan mengawal laluan trafik.

Keadaan kereta mangsa yang melanggar tiang besi dan mengalami kerosakan teruk pada bahagian de-pan dan enjin.
Keadaan kereta mangsa yang melanggar tiang besi dan mengalami kerosakan teruk pada bahagian de-pan dan enjin.

ARTIKEL YANG SAMA