Kemalangan Metrobus di Istanbul

Kemalangan Metrobus di Istanbul

ISTANBUL, 23 Sept – Beberapa orang dilaporkan cedera apabila sebuah Metrobus tergelincir dan terhempas di Istanbul pada pagi hari ini.

Metrobus merempuh sekurang-kurangnya tiga buah kereta sebelum melanggar bas dua tingkat di lebuh raya di daerah Kadikoy, menurut gambar yang disiarkan di CNNTurk.

Menurut saksi di Metrobus tersebut, kemalangan itu berlaku apabila seorang penumpang memukul pemandu semasa pergaduhan itu, menyebabkan dia hilang kawalan kenderaan. Ambulans dan pasukan penyelamat telah dihantar ke tempat kejadian, manakala pihak polis telah melancarkan siasatan, kata CNNTurk.

Metrobus adalah bas laluan transit bagi perjalanan 50 kilometer di Istanbul yang melalui Jambatan 15 July Martyrs, Selat Bosphorus yang menghubungkan bahagian-bahagian metropolis Asia dan kawasan Eropah. – Xinhua