Kemalangan ragut 3 jiwa

Kemalangan ragut 3 jiwa

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Nov – Kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah kereta salon dan sebuah kereta pacuan empat roda di Jalan Kumbang Pasang, awal pagi tadi, telah meragut tiga nyawa warga tempatan, dua lelaki dan seorang perempuan.

Menurut Pasukan Polis Diraja Brunei, pemandu dan dua penumpang kereta salon berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta pacuan empat roda pula dilaporkan hanya mengalami cedera ringan dan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10 pagi itu masih lagi dalam siasatan polis, sementara mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

Turut berada di tempat kejadian ialah anggota Bomba dan Penyelamat serta Pasukan Polis Diraja Brunei.

Kemalangan ngeri melibatkan kereta salon dan kereta pacuan empat roda meragut tiga nyawa.
Kemalangan ngeri melibatkan kereta salon dan kereta pacuan empat roda meragut tiga nyawa.

ARTIKEL YANG SAMA