Kemaraan IS ‘kegagalan’ masyarakat dunia

Kemaraan IS ‘kegagalan’ masyarakat dunia

PARIS, 2 Jun (AFP) – Kemaraan Negara Islam (IS) di Iraq adalah satu “kegagalan” bagi keseluruhan masyarakat dunia, menurut Perdana Menteri Haider al-Abadi hari ini, beberapa jam menjelang mesyuarat antarabangsa untuk mencari strategi menentang kumpulan jihad tersebut.

Beliau berkata Iraq “memerlukan semual sokongan dunia” untuk memerangi kemaraan kumpulan jihad, tetapi “kita tidak banyak mencapai kemajuan. Saya fikir ini adalah satu kegagalan bagi pihak dunia…terdapat banyak perbincangan mengenai sokongan bagi Iraq, tetapi terlalu sedikit pelaksanaannya.”

Abadi turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya membantu Iraq membeli senjata untuk menentang kumpulan jihad berkenaan, sambil berkata negara itu menerima “hamper tiada apa-apa. Kami bergantung pada keupayaan kami sendiri.”

“Oleh kerana masalah fiscal kami, kami tidak berupaya untuk mendapatkan kontrak baru bagi bekalan senjata. Kebanyakan kontrak yang dilakukan kerajaan sebelum ini adalah dengan pihak Rusia,” katanya.

Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi (tengah) dan anggota-anggota gabungan negara anti-IS ketika mengadakan pertemuan di Paris pada 2 Jun 2015. – AFP
Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi (tengah) dan anggota-anggota gabungan negara anti-IS ketika mengadakan pertemuan di Paris pada 2 Jun 2015. – AFP

“Rusia pula kini di bawah sekatan oleh Amerika Syarikat, jadi kami mendapatinya amat sulit untuk membayar bagi senjata-senjata ini. Wang ada di dalam bank, tetapi kami tidak dapat mengambilnya.”

Abadi berkata sekatan turut menolak usaha bagi mendapatkan sejata dari Negara jiran Iran.

“Kami bukan meminta senjata, tetapi tolonglah biarkan kami menguruskan pembelian senjata dengan mudah.”

ARTIKEL YANG SAMA