Kemarahan Evra pada MU belum reda

Kemarahan Evra pada MU belum reda

LONDON, 14 Okt – Patrice Evra mendedahkan bahawa dia masih marah dengan Manchester United yang ditinggalkannya pada Julai 2014 dan berhijrah ke Juventus.

Pemain berusia 34 tahun itu berminat untuk meneruskan kerjayanya di Old Trafford, tetapi akhirnya memilih meninggalkan kelab itu untuk menyertai Juventus selepas United mengubah syarat-syarat kontraknya.

Evra tidak menyesal dengan keputusannya menyertai juara Serie A itu, tetapi mendapati masih sukar untuk membincangkan tentang perkara itu walaupun dia sudah keluar dari United.

“Masih sukar untuk bercakap tentang diri saya yang keluar United, tetapi satu hari – apabila kerjaya saya berakhir – Saya akan dapat berkata-kata dengan lebih terbuka mengenainya,” kata pemain Perancis ini.

“Saya datang ke Turin semuanya untuk keluarga saya, kerana di Manchester mereka telah memasukkan klausa dalam perjanjian antara kami yang sangat mengubah keadaan. Ia benar-benar membuatkan saya marah.

Patrice Evra. – Reuters
Patrice Evra. – Reuters

“Tetapi saya tidak menyesal dengan langkah ini, yang akhirnya telah terbukti lebih daripada positif. Saya gembira dalam Serie A, walaupun ia lebih kepada satu kebetulan, bukan pilihan, bahawa saya akan berada di Turin.

“Matlamat saya adalah untuk terus menang dengan Juventus dan pasukan kebangsaan, terutamanya kerana saya berada di negara tuan rumah Euro 2016.” – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA