Kemarau paksa penutupan 200 penternakan ikan

Kemarau paksa penutupan 200 penternakan ikan

BANGKOK, 5 April (dpa) – Kemarau yang mencatat rekod telah memaksa penutupan hampir 200 penternakan ikan di tengah Thailand, lapor media tempatan hari ini. Penutupan itu berlaku ketika kemarau teruk dalam masa 20 tahun telah mengurangkan paras air dan meningkatkan kemasinan dalam sungai di seluruh negara, menurut laman web berita MThai.

Withaya Preechaphan, seorang penternak ikan tempatan di wilayah Chainat, memberitahu MThai bahawa kemarau itu telah mengakibatkan ikan-ikannya mati dan menjadikan perniagaannya tidak mapan.

Hari ini, kerajaan mengumumkan 26 daripada 76 wilayah sebagai zon bencana akibat kemarau, satu peningkatan daripada jumlah minggu sebelumnya iaitu 23. Jabatan itu mengatakan ia telah menghantar lebih 450 trak air hari ini ke kawasan yang dilanda kemarau teruk.

ARTIKEL YANG SAMA