Kemarau punca Panama kurangi kargo kapal

Kemarau punca Panama kurangi kargo kapal

BANDAR PANAMA, 9 Ogos (AFP) – Terusan Panama secara sementara waktu akan mengehadkan saiz kargo kapal yang menggunakan jalan air ekoran kemarau berpunca fenomena cuaca El Nino, menurut pihak berkuasa.

Pihak Berkuasa Terusan Panama berkata maksimum draf kapal akan dikurangkan kepada 11.89 meter bermula 8 September, membabitkan 18.5 peratus kapal yang kebiasaannya membuat transit laluan di antara Lautan Atlantik dan Pasifik.

Draf kapal adalah kedalamannya di dalam air, dan berubah tatkala kapal menjadi lebih berat atau ringan.

Pihak berkuasa terusan itu berkata sekatan lanjut mungkin dilaksanakan pada 16 September jika keadaan cuaca tidak berubah. Maksimum draf kapal akan dikurangkan kepada 11.73 meter.

Gambar fail menunjukkan pemandangan dari udara sebuah kapal kargo yang menggunakan laluan air di Terusan Panama. – AFP
Gambar fail menunjukkan pemandangan dari udara sebuah kapal kargo yang menggunakan laluan air di Terusan Panama. – AFP

Pentadbir Terusan, Jorge Quijano berkata bulan Jun dan separuh pertama Julai adalah tempoh paling kering dalam tempoh 102 tahun.

Berikutan itu, paras air di tasik terusan berkenaan menurun. Kebiasaannya terusan itu mampu menerima laluan kapal dengan draf sehingga 12 meter.

Keadaan cuaca kering pada Mac 1998 menyaksikan pihak berkuasa mengambil langkah yang sama.

ARTIKEL YANG SAMA