Kemarau terburuk dalam satu abad

Kemarau terburuk dalam satu abad

SEOUL – 17 Jun (Reuters) – Korea Utara telah dilanda dengan apa yang dikatakan sebagai kemarau terburuk abad ini, yang boleh memburukkan lagi kekurangan makanan dalam satu negara di mana Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) mengatakan hampir satu pertiga kanak-kanak bawah lima tahun terbantut disebabkan pemakanan yang kurang.

Negara tersebut mengalami kebuluran yang dahsyat pada 1990-an dan bergantung pada bantuan makanan antarabangsa, tetapi sokongan telah semakin berkurangan pada tahun kebelakangan disebabkan sekatan para pekerja kemanusiaan dan keengganan untuk membenarkan pemantauan pengagihan makanan.

Agensi berita KCNA Korea Utara memberitahu lewat kelmarin bahawa padi di seluruh negara, termasuk rantau penanaman padi utama Hwanghae dan wilayah-wilayah Phyongan, telah semakin kering disebabkan kekurangan air hujan. Penanaman padi perlu sebahagiannya tenggelam bagi membolehkannya membesar.

“Kemarau terburuk dalam 100 tahun terjadi di Korea Utara, mengakibtakkan kerosakan pada padang pertanian,” KCNA memberitahu.

Kementerian Penyatuan Korea Selatan, yang mengendalikan hubungan dengan Korea Utara, tidak memberikan sebarang komen hari ini berikutan laporan tersebut.

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un meninjau ladang yang terjejas kemarau. – Reuters
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un meninjau ladang yang terjejas kemarau. – Reuters

Pengeluaran pertanian Korea Utara dari semasa ke semasa menderita disebabkan kemarau dan banjir di musim panas, walaupun negara itu mendapati cara untuk mengurangkan kerosakan dengan memperbaharui cara pertanian dan menukar makanan selain dari nasi dalam tahun kebelakangan.

Thomas Lehman, duta Denmark bagi kedua-dua negara Korea, memberitahu Reuters bahawa dalam lawatannya ke Korea Utara bulan lepas dia dapat “melihat jelas” percubaan untuk menangani kemarau di tempat pertanian.

“Kekurangan air telah menghasilkan banyak kerosakan pada tanaman musim bunga, dan penanaman padi amat sukar tanpa air yang mencukupi,” kata Lehman, yang telah berkata kepada pegawai PBB mengenai kemarau tersebut dan telah melawat kawasan-kawasan yang terjejas kemarau.

Korea Utara telah mengadakan kempen menggalakkan orang awam untuk menolong di ladang dan menggunakan pam air berkuasa diesel dan paip panjang untuk menyalurkan air ke ladang.

ARTIKEL YANG SAMA