Kemas kini program sedia ada

Kemas kini program sedia ada

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 1 Mac – Jabatan Penjara diseru supaya terus berusaha mengemaskini lagi program sedia ada dengan mempelbagaikan dan meluaskan program pemulihan serta skop latihan kemahiran supaya lebih ‘marketable’ dan relevan dengan keperluan tuntutan semasa.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menekankan bahawa Jabatan Penjara telah berjaya mewujudkan dan memperkenalkan program perkhidmatan seliaan atau ‘Aftercare’ khusus kepada bekas penghuni yang memerlukan sokongan dan bantuan dalam proses mengintegrasikan semula ke dalam masyarakat khususnya daripada segi bantuan pekerjaan, bantuan perumahan, perkhidmatan kaunseling, nasihat dan lain-lain.

Oleh itu, beliau menyarankan agar program seperti ini akan terus dipergiatkan dan diperkukuhkan lagi dari semasa ke semasa melalui kerjasama dengan pihak yang berkepen-tingan dan agensi-agensi yang berkenaan.

Menurut Yang Berhormat Pehin, melalui program pemulihan dan program ‘Aftercare’ ini, ia akan menggambarkan jalinan erat di antara Jabatan Penjara dan agensi-agensi kerajaan lain, swasta dan NGO yang mencerminkan proses pemulihan penghuni penjara memerlukan kerjasama erat dan sokongan padu semua pihak yang berkenaan.

Yang Berhormat Pehin berkata sedemikian ketika menyampaikan ucapan selaku tetamu kehormat pada Upacara Perbarisan Sempena Memperingati Penubuhan Jabatan Penjara ke-62 Tahun di Padang Kawad, Pusat Latihan Jabatan Penjara, pagi tadi.

Tetamu Kehormat memeriksa perbarisan sempena Memperingati Penubuhan Jabatan Penjara yang ke-62 Tahun kepada beberapa orang pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara.
Tetamu Kehormat memeriksa perbarisan sempena Memperingati Penubuhan Jabatan Penjara yang ke-62 Tahun kepada beberapa orang pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyampaikan sijil dan hadiah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Penjara Tahun 2015.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyampaikan sijil dan hadiah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Penjara Tahun 2015.
Pegawai Penjara Awang Abdul Razak yang merupakan salah seorang penerima Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Penjara Tahun 2015 bersempena Memperingati Penubuhan Jabatan Penjara yang ke-62 Tahun.
Pegawai Penjara Awang Abdul Razak yang merupakan salah seorang penerima Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Penjara Tahun 2015 bersempena Memperingati Penubuhan Jabatan Penjara yang ke-62 Tahun.
Wadar Wanita 500 Siti Normala juga menerima Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Penjara.
Wadar Wanita 500 Siti Normala juga menerima Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Penjara.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar beramah mesra dengan warga Jabatan Penjara pada majlis tersebut.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar beramah mesra dengan warga Jabatan Penjara pada majlis tersebut.
Antara tetamu yang hadir di Padang Kawad, Pusat Latihan Jabatan Penjara.
Antara tetamu yang hadir di Padang Kawad, Pusat Latihan Jabatan Penjara.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Haji Mohammad ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap, ketua dan timbalan ketua jabatan, para pegawai kanan KHEDN, ketua-ketua cawangan dari agensi-agensi kerajaan di Daerah Tutong, ahli-ahli Jaksa Pelawat Jabatan Penjara, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung serta jemputan lainnya.

Pada upacara perbarisan itu, Yang Berhormat Pehin turut menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah kepada Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Penjara Tahun 2015 kepada 10 orang penerima dalam kalangan pegawai dan kakitangan jabatan tersebut.

Para penerima terdiri daripada Ketua Pegawai Penjara, Awang Nordin bin Haji Mohd Hamidon; Penolong Kaunselor Penjara, Dayang Nur Aliyah binti Haji Ahmad; Pegawai Penjara, Awang Abdul Razak bin Haji Sahat; Hajah Hadijah binti Abdullah; Ketua Wadar 234 Pengiran Dahri bin Pengiran Haji Abu Bakar; Sarjan 308 Haji Bahrin bin Haji Jumaat; Sarjan 504 Asmah binti Sahat; Koperal 401 Anuar bin Haji Abdul Wahab; Wadar 542 Norazam bin Haji Mat Zain; dan Wadar Wanita 500 Siti Normala binti Embran.

Sebagai sebuah agensi yang melindungi masyarakat dengan menahan penghuni secara terkawal dan berperikemanusiaan, Jabatan Penjara juga berperanan menyediakan pelbagai program pemulihan yang sempurna agar para penghuni dapat kembali ke pangkuan masyarakat sebagai warganegara yang berguna dan bertanggungjawab.

ARTIKEL YANG SAMA