Kemaskulinan Jeep Renegade

Kemaskulinan Jeep Renegade

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Syarikat pengedar Jeep Brunei, GHK Motor Sdn Bhd ketika ini mengadakan kempen uji pandu Jeep Renegade dengan menghadiahkan baju-T Jeep Renegade edisi terhad.

Jeep Renegade merupakan kereta jip pertama yang dihasilkan di Itali dan dipercayai menjadi sebuah kereta pilihan anak muda terutama bagi mereka yang minat menjelajah.

Bahagian luarannya menunjukkan keyakinan, bergaya selaras dengan reka bentuk Jeep yang lebih moden.

Manakala di bahagian dalamnya pula, Renegade dilihat tampak lebih segar, luas, berkualiti dengan dilengkapi teknologi moden terkini.

Di Brunei, Jeep Renegade dikuasakan dengan enjin 1.4 liter MultiAir Turbocharged yang mampu menghasilkan kuasa kuda sehingga 138 hp dengan kekuatan transmisi 6-kelajuan dual dry clutch.

Sertai kempen uji pandu Jeep Renegade di Bilik Pameran Jeep di Sumbangsih Bahagia.
Sertai kempen uji pandu Jeep Renegade di Bilik Pameran Jeep di Sumbangsih Bahagia.
Pelanggan akan menerima baju-T secara percuma dengan membuat uji pandu Jeep Renegade.
Pelanggan akan menerima baju-T secara percuma dengan membuat uji pandu Jeep Renegade.

Renegade juga dimuatkan dengan fungsi Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) termasuk sistem ABS 4-wheel.

Brake Assist dan All-Speed Traction Control dalam spesifikasi Renegade itu mampu mengekalkan laluan anda semasa membuat perhentian kecemasan.

Sehubungan itu, bagi mengetahui lebih lanjut mengenai model kereta tersebut, Jeep Brunei ingin menjemput orang ramai untuk mengunjungi Bilik Pameran Jeep,

GHK di Sumbangsih Bahagia, Beribi, semasa waktu pejabat untuk menyaksikan sendiri atau menyertai kempen uji pandu.

Orang ramai juga boleh mengikuti Facebook.com/Jeep.GHK dan melayari laman web Jeep rasmi www.jeep.com.bn

ARTIKEL YANG SAMA