Kemasukan pendatang ke Mexico meningkat

Kemasukan pendatang ke Mexico meningkat

MEXICO CITY, 25 Sept – Pihak berkuasa imigresen Mexico berkata, kelmarin mereka telah menerima peningkatan kemasukan hampir 5,000 pendatang Haiti, Afrika dan Asia melalui sempadan selatan hanya dalam beberapa hari.

Sebanyak 4,749 pendatang dijangka akan memasuki melalui pusat imigresen Tapachula Mexico di sempadan Guatemala tidak lama lagi dan akan cuba untuk sampai ke sempadan California, kebanyakannya dijangka terdiri daripada pemohon suaka.

Institut Imigresen Kebangsaan Mexico berkata pendatang memasuki negara ini antara 21 dan 23 September.

Ia tidak dikira mengikut negara asal, tetapi laporan terkini menunjukkan majoriti kebanyakannya berkemungkinan berasal dari Haiti.

Ini akan menandakan peningkatan yang besar ke atas jumlah yang dilihat setakat tahun ini.

Institut itu berkata sejumlah 7,800 pendatang Haiti memasuki Mexico melalui Guatemala antara 1 Januari hingga 21 September, serta 1,701 pendatang dari Afrika dan 3753 dari pelbagai pelosok Asia.

Institut itu berkata bahawa tidak ada pendatang Haiti, Afrika atau Asia telah meminta kebenaran untuk tinggal di Mexico. – AP