Kematian akibat arak beracun cecah 33

Kematian akibat arak beracun cecah 33

NEW DELHI, 18 Julai – Seramai 12 orang lagi mati akibat minum minuman keras beracun di utara India, pegawai mengatakan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 33 orang dan lebih sedozen lagi bertarung nyawa di hospital.

Mangsa, semuanya dari daerah sama di negeri Uttar Pradesh, jatuh sakit selepas minum minuman keras pada malam Jumaat dan dibawa ke hospital selepas sakit perut akut, muntah dan kabur pemandangan.

Kebanyakan mereka merupakan buruh harian dan petani yang terlalu miskin untuk membeli minuman berjenama yang selalunya akan membeli campuran murah daripada penjual arak haram.

Polis sudah memberkas seorang penjual atas dakwaan homisid dan pihak berkuasa menggantung 11 pegawai, termasuk beberapa orang polis. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA