Kematian bekas menteri akhbar Rusia disiasat

Kematian bekas menteri akhbar Rusia disiasat

WASHINGTON, 11 Mac (Reuters) – Bekas menteri akhbar Rusia, Mikhail Lesin, yang ditemui mati di bilik hotel Washington tahun lepas, mati akibat kecederaan bahan tumpul di kepala, kata pihak berkuasa AS semalam.

Lesin yang pernah mengetuai Gazprom-Media yang dikawal negara, juga mengalami kecederaan bahan tumpul di leher, torso, lengan dan kaki, kata Pejabat Ketua Kajian Perubatan AS dan Jabatan Polis Metropolitan dalam satu kenyataan ringkas.

Menurut laporan insiden polis, Lesin, yang juga menteri akhbar Presiden Vladimir Putin dari 1999 hingga 2004, ditemui tidak sedarkan diri pada 5 November lalu di atas lantai biliknya di Hotel Doyle Washington. Hotel itu sekarang dikenali sebagai Hotel Dupont Circle.

Gambar fail Mikhail Lesin bertarikh 27 Mac 2002. – Reuters
Gambar fail Mikhail Lesin bertarikh 27 Mac 2002. – Reuters

Sebuah ambulans dihubungi dan beliau diumumkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Televisyen RT, Rusia memetik ahli keluarganya ketika itu sebagai berkata dia meninggal akibat serangan jantung.

Sumber penguat kuasa undang-undang AS semalam berkata penyiasatan terhadap kematian Lesin diketuai oleh polis Washington, D.C.