Kematian gempa Taiwan meningkat

Kematian gempa Taiwan meningkat

TAIPEI, Taiwan, 11 Feb – Angka kematian akibat gempa bumi yang melanda kawasan selatan Taiwan pada Sabtu lalu telah meningkat kepada 55 orang pada waktu 07:30 pagi kelmarin, dengan lebih daripada 80 orang masih hilang.

Keruntuhan bangunan Wei Guan adalah kerosakan yang paling teruk, menyumbang kepada 53 kematian dilaporkan, menurut maklumat rasmi mengenai kemalangan jiwa tersebut. Pentadbiran Gempa Bumi China berkata gempa bumi yang berukuran 6.7 magnitud, melanda bandar Kaohsiung pada 03:57 pagi waktu Beijing, Sabtu lalu, dua hari jelang perayaan Tahun Baru Cina. – NNN

ARTIKEL YANG SAMA