Kematian Jian Bing akibat serangan jantung

Kematian Jian Bing akibat serangan jantung

MANILA, 23 Dis (AFP) – Pihak Filipina dilaporkan berkata serangan jantung telah mengakibatkan kematian atlet seni mempertahankan diri campuran dari China, Yang Jian Bing, yang pengsan sehari sebelum perlawanan di Manila, menurut para penganjur perlawanan itu hari ini.

“Laporan rasmi bedah siasat yang dilakukan oleh Republik Filipina telah memastikan punca kematian bagi atlet seni mempertahankan diri campuran Yang Jian Bing yang juga flyweight One Championship ialah infark miokardium akut,” One Championship berkata dalam satu kenyataan.

One Championship sebelumnya melaporkan atlet berusia 21 tahun itu pengsan dan dikejarkan ke hospital Manila pada 10 Disember kerana dia mengalami dehidrasi teruk kerana cubaan bagi had berat untuk perlawanannya pada 11 Disember.

Upacara berjaga sepanjang malam secara tertutup diadakan di Manila bagi keluarga dan rakan-rakan Yang dan mayatnya telah dihantar pulang ke China, tambahnya.

“Kematian Yang JIan Biang amat menyedihkan bagi saya dan seluruh komuniti MMA. Ingatan saya adalah bersama keluarga Yang, rakan-rakan dan peminat di seluruh dunia,” ketua eksekutif One Championship Victor Cui.

Dalam mesej terakhir dihantar ke media sosial Weibo pada 30 November, Yang yakin dengan perlawanan ini.

“Saya seronok. Saya telah berusaha gigih begitu lama dan akhirnya dapat menyertai One FC, perlawanan unggul Asia,” dia menulis.

“Saya telah menantikan peluang ini bertahun-tahun lamanya. Tolong berikan saya kuasa, jadikan saya benar-benar merasa keghairahan bagi perlawanan ini.”

Beribu pejabat di Singapura, One Championship menegaskan peserta-peserta stabil telah menandatangani kontrak eksklusif bagi perlawanan yang disiarkan di televisyen kabel.

ARTIKEL YANG SAMA