Kematian Keeling terbela

Kematian Keeling terbela

MUMBAI, 21 Sept – Seorang hakim India akhirnya akan membuat keputusan pada hari Jumaat ke atas dua orang lelaki berhubung kes rogol dan kematian seorang pelajar perempuan warga Britain, Scarlett Keeling di Goa pada tahun 2008, selepas kontroversi dan kelambatan selama bertahun-tahun.

Mayat Keeling yang berusia 15 tahun, yang dalam keadaan separuh bogel dan lebam-lebam ditemui di pantai popular Anjuna di utara negeri peranginan utara India itu, lapan tahun lalu.

Kematiannya telah menjadi tajuk akhbar di seluruh dunia, yang menarik perhatian ke sisi suram destinasi pelancong itu yang telah lama menjadi tempat lepak golongan hipi Barat dan kemudian memperlihatkan sistem kehakiman lembap India.

Pihak polis pada awalnya mengenepikan kematian remaja itu sebagai kemalangan tetapi memulakan penyiasatan bunuh selepas ibu Keeling, Fiona MacKeown, mendesak bagi bedah siasat kedua yang membukti akan anak perempuannya telah diberikan dadah dan dirogol.

MacKeown juga menuduh pihak berkuasa setempat cuba menutupi kematian itu untuk melindungi kumpulan jenayah dadah yang beroperasi di Goa, bekas jajahan Portugal.

Gambar fail 30 Julai 2010, Fiona MacKeown (dua kiri), ibu kepada mangsa yang ditemui mati di Goa pada 2008 bercakap kepada wartawan di luar mahkamah di Panaji. - AFP
Gambar fail 30 Julai 2010, Fiona MacKeown (dua kiri), ibu kepada mangsa yang ditemui mati di Goa pada 2008 bercakap kepada wartawan di luar mahkamah di Panaji. – AFP

Beberapa minggu selepas serangan itu, lelaki-lelaki tempatan Samson D’Souza dan Placido Carvalho telah diberkas dan didakwa dengan tuduhan melakukan homisid yang tidak menyamai dengan pembunuhan, dengan niat untuk mencabuli kehormatan seorang wanita dan menggunakan dadah dengan niat untuk membahayakan.

Langkah itu mengundang keberangan keluarga mangsa yang mahu tertuduh dibicarakan bagi dakwaan rogol dan bunuh, tetapi para pegawai dari Biro Pusat Penyiasatan India (CBI) berkata bukti tidak mencukupi untuk mendakwa mereka atas tuduhan lebih keras.

Polis mengatakan D’Souza dan Carvalho memberi Keeling minuman keras dan dadah, termasuklah kokain sebelum menyerangnya secara seksual dan membiarkannya mati dengan membuangnya dalam keadaan tidak sedarkan diri ke dalam air cetek yang mana di situ dia mati lemas.

Perbicaraan bermula di mahkamah kanak-kanak di bandar negeri Goa Panaji pada tahun 2010 tetapi telah berdepan banyak kelambatan, termasuklah perbicaraan yang tidak kerap disebabkan timbunan kes dan pendakwa raya berundur diri dari prosiding. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA