Kematian kolera meningkat di S.Sudan

Kematian kolera meningkat di S.Sudan

JUBA, 21 Julai – Kolera yang menular di Selatan Sudan telah merebak ke negeri lain, dengan sekitar 39 maut sejak ia diumumkan bulan lalu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.

Sekitar 1,212 kes kolera termasuk 39 kematian telah dicatatkan, menurut jumlah WHO, dengan penyakit berjangkit itu merebak ke bandar Juba di Tengah Equatoria hingga ke negeri jiran Jonglei, salah sebuah kawasan yang terjejas teruk oleh perang saudara 19 bulan.

Kementerian kesihatan Selatan Sudan dengan rasminya mengumumkan penularan penyakit diarea itu pada 23 Jun, walaupun kes pertama telah dikesan di kem PBB di bandar Juba pada 18 Mei.

Lebih 16,000 orang mencari perlindungan di dalam pangkalan penjaga keamanan PBB di seluruh negara dan lebih 2.25 juta orang telah diusir dari rumah mereka, dengan para pejuang di kedua-dua pihak dituduh kejam termasuk membunuh dan perkosa. – AFP