Kematian tanah runtuh di China meningkat kepada 22

Kematian tanah runtuh di China meningkat kepada 22

BEIJING, 9 Mei (AP) – Pasukan menyelamat telah menemui 22 mayat sementara 17 orang masih disenaraikan sebagai hilang pada hari ini ekoran satu runtuhan tanah di tapak projek hidrokuasa di selatan China selepas hujan lebat selama beberapa hari, kata pihak berkuasa.

Sehingga 1 tengah hari, 22 mayat telah ditemui di tempat kejadian dan dua orang yang berada dalam senarai yang hilang itu telah ditemui masih hidup dan selamat, kata pihak berkuasa

Anggota menyelamat, dibantu oleh pakar yang dihantar oleh kerajaan pusat bergegas untuk mencari mangsa yang masih hidup dan mengangkut batu, sebahagian daripada runtuhan batu sebesar 100,000 meter padu yang menimbus bangunan pejabat dan tempat tinggal pekerja pembinaan pada awal semalam.

“Kami sedang tidur apabila gunung mulai bergegar dengan kuat dan sebelum kami sempat melaku apa-apa, pasir dan lumpur sedang mengalir masuk ke dalam bilik kami,” beritahu mangsa yang selamat Deng Chunwu kepada Agensi Berita Xinhua. Ia berkata beliau dan pekerja lain selamat dengan bersembunyi di bawah tiang penyokong.

Gambar yang diambil dari udara menunjukkan bangunan dan asrama pekerja telah rosak akibat tanah runtuh di negeri Taining, wilayah Fujian, di tenggara China, Ahad lalu. – AP
Gambar yang diambil dari udara menunjukkan bangunan dan asrama pekerja telah rosak akibat tanah runtuh di negeri Taining, wilayah Fujian, di tenggara China, Ahad lalu. – AP

Bilik mereka bergerak sejauh 10 meter oleh aliran lumpur, kata Deng. Beberapa orang lain sedang menerima rawatan di hospital akibat keretakan tulang dan kecederaan lain, kata Xinhua dan penyiar negeri CCTV.

Lebih daripada 600 anggota menyelamat, termasuk anggota bomba dan polis, sedang mencari orang yang hilang dan berusaha membersihkan sebahagian jalan menuju ke tapak yang telahpun tidak dimasuki disebabkan runtuhan lumpur dan banjir, sekali gus menghambat usaha untuk membawa jentera berat ke tapak berkenaan.

Projek di daerah pergunungan Taining di wilayah Fujian merupakan satu lanjutan stesen hidrokuasa Chitan, ahli gabungan Huadian Fuxin Energy Ltd., dan dijangka memulakan operasi pada Ogos 2017, lapor Xinhua.

Seorang pegawai di jabatan daerah, yang hanya memberikan nama keluarganya, Wei, berkata menerusi telefon bahawa punca runtuhan tanah masih tidak jelas, tetapi kawasan tersebut telah melihat hujan turun sejak beberapa hari lalu. Hujan lebat telah menjejas sebahagian besar kawasan selatan China sejak Rabu, mencetuskan banjir dan runtuhan tanah, menjejas pengangkutan dan memusnahkan tanaman.

ARTIKEL YANG SAMA