Kematian terbaru terhadap beg udara Takata

Kematian terbaru terhadap beg udara Takata

WASHINGTON, 7 April (AFP) – Honda telah mengesahkan adanya kematian lagi yang melibatkan beg udara Takata, menjadikan angka keseluruhan kepada 11 kematian dalam skandal yang mencetuskan penarikan balik kenderaan yang terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.

Kematian terbaru pada minggu lalu itu apabila seroang remaja Texas berusia 17 tahun meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami selepas kereta beliau Honda Civic 2002 bertembung dengan kereta lain, mengaktifkan beg udara yang rosak itu.

Unit Honda Amerika Syarikat pada Rabu mengesahkan kematian, iaitu laporan yang ke-10 di Amerika Syarikat manakala seorang lagi maut selepas kemalangan di Malaysia.

Pengeluar kereta Jepun berkata ia telah menghantar beberapa surat rasminya bahawa kereta itu perlu dibawa masuk untuk pembaikan, tetapi ia tidak pernah ditetapkan.

ARTIKEL YANG SAMA