Kematian Tongdaeng dapat perhatian

Kematian Tongdaeng dapat perhatian

BANGKOK, 29 Dis – Anjing kesayangan raja Thailand yang sedang uzur telah menemui ajalnya, beberapa hari selepas seorang lelaki diberkas di bawah undang-undang ketat pemfitnahan diraja negara beraja itu kerana dikatakan membuat kenyataan sindiran di online tentang anjing kesayangan itu.

Anjing itu yang pada awalnya adalah anjing terbiar, bernama Tongdaeng menjadi nama keluarga dan mencetuskan sensasi penerbitan di Thailand selepas Raja Bhumibol Adulyadej mengambilnya untuk dijaga dan menulis buku tentang sifatnya dalam tahun 2002.

Tongdaeng dipuji kerana kesetiaan dan kepatuhannya, dengan buku itu secara meluas ditafsirkan pada ketika itu sebagai cerita ibarat tentang bagaimana rakyat Thailand sepatutnya menjalani kehidupan dan mengingati kedudukan mereka dalam masyarakat tegar negara beraja itu.

Kematiannya diumumkan dalam satu kenyataan dari fakulti veterinar Universiti Kasetsart lewat semalam. “Ketika Khun Tongdaeng sedang tidur dan berehat, dia mati dalam aman pada 26 Disember 2015 pada pukul 11:10 malam di Istana Klai Kangwon,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya Khun Tongdaeng selama beberapa tahun lalu telah sakit dan baru berusia 17 tahun apabila dia mati.

Kematiannya disiarkan di seluruh surat khabar Thailand hari ini, dengan media tempatan melaporkan bahawa raja telah pun dimaklumkan.

Dalam bukunya, Bhumibol menyifatkan Tongdaeng sebagai ‘anjing yang menghormati’ dengan mempunyai adab yang ‘rendah diri dan mengetahui protokol’

“Dia sentiasa duduk lebih rendah dari raja,” tambah buku itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA