Kembalikan artifak kepada Ecuador, Peru

Kembalikan artifak kepada Ecuador, Peru

BUENOS AIRES, 24 Ogos (AFP) – Argentina akan mengembalikan beribu-ribu artifak arkeologi kepada jiran Amerika Selatannya, menurut Presiden Cristina Kirchber semalam.

“Kami melakukan sesuatu yang luar biasa, benar-benar istimewa: mengembalikan kekayaan budaya negara lain, dalam kes ini Ecuador dan Peru. Kami mengembalikan lebih 4,000 bahan artifak yang dicuri dan ditemui semula,” katanya di Muzium Seni Halus Kebangsaan di ibu negara.

Bagaimanapun Kirchner tidak menjelaskan lebih lanjut apakah jenis bahan artifak tersebut serta dari mana dan bila ia dirampas semula.

Tetapi “di dunia yang kita tinggal adalah satu di mana kuasa hebat bertelagah untuk menguasai kekayaan budaya orang lain. Kita boleh lihat di dalam muzium yang hebat pelbagai artifak dunia dari Greece, Syria, Mesir, Asia dan malah Amerika Latin, dan yang tidak dikembalikan,” tambahnya.

Jadi “sama seperti yang perlu dengan paten perubatan (menggunakan tumbuhan tradisional), negara-negara yang menyimpan kekayaan budaya dan enggan mengembalikannya semula, sekurang-kurangnya perlu membayar royalti kepada negara-negara asalnya,” tegas Kirchner, “oleh sebab ia diperbuat oleh budaya selain daripada budaya mereka sendiri.”

Dihalang daripada bertanding semula akibat sudah tamat tempoh penggalnya, Kirchner, 62, tida bertanding bagi jawatan presiden dalam pilihan raya Argentina 25 Oktober depan.