Kembalikan keyakinan penghidap kanser payu dara

Kembalikan keyakinan penghidap kanser payu dara

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Sept – Syarikat pakaian dalam wanita, Lilie Lingerie dengan kerjasama Anita Unique Body Wear hari ini mengadakan taklimat penggunaan betul pakaian dalam yang dihadiri 20 jemputan khas daripada Persatuan Kanser Payu Dara Brunei (BBCSA), Kementerian Kesihatan, pengamal media dan orang perseorangan.

Taklimat penggunaan pakaian dalam yang sesuai mengikut bentuk tubuh dan saiz payu dara individu itu disampaikan oleh Pengurus Jualan Antarabangsa Timur Tengah dan Timur Jauh Anita Germany, Chris Weigang di Studio Foto Canon di sini.

Ia bertujuan memberi kesedaran mengenai penggunaan betul dan mengembalikan keyakinan diri kepada penghidap atau bekas penghidap kanser payu dara.

Pemilik Lilie Lingerie, Lili Yong semasa ditemu bual menyatakan, “Saya mahu membantu mereka yang telah pun mengalami kanser payu dara dan memerlukan kembali kecantikan dan kesempurnaan tubuh mereka agar mereka berasa lebih yakin ketika keluar dari rumah.”

Menurutnya lagi, kes kanser payu dara di negara ini sering ditemui pada peringkat akhir kanser tersebut yang mengakibatkan ramai yang kehilangan payu dara kerana kurangnya kesedaran dan pengetahuan mengenainya.

ARTIKEL YANG SAMA