Kembang pengetahuan para pelajar

Kembang pengetahuan para pelajar

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Okt – Seramai 56 orang pelajar Geografi Tahun 13 dan enam orang tenaga pengajar Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) baru-baru ini mengadakan lawatan selama empat hari ke Singapura, bertujuan mengembangkan pengetahuan para pelajar dan memahami pelbagai aspek Peringkat A mereka dan Kursus Geografi Diploma IB.

Menurut kenyataan JIS di sini, semua pelajar tersebut akan mengikut satu unit kerja bertajuk ‘World Cities’ dan satu lagi unit yang mengkaji Ekologi Bandar, sebagai sebahagian daripada Kursus Geografi Peringkat A2.

Pelajar-pelajar Diploma IB juga mempelajari unit berhubung “Persekitaran Bandar” dan juga isu-isu berdaya tahan sepanjang kursus itu.

Lawatan geografi itu meliputi tajuk-tajuk seperti ‘Pembangunan Semula Bandar, Kawasan Pemuliharaan Ekologi’, ‘Pembangunan Ruang-ruang Hijau dalam Bandar’, ‘Perancangan dan Pelaksanaan Perancangan Bandar yang Berdaya Tahan’ dan ‘Pembangunan Sistem Pengangkutan yang Efisien, Bersepadu dan Berdaya Tahan di Singapura’, kata JIS.

Para pelajar JIS ketika berada di Singapura.
Para pelajar JIS ketika berada di Singapura.

ARTIKEL YANG SAMA