Kembar anak gorila mati

Kembar anak gorila mati

FRANKFURT, 17 Sept (dpa) – Salah seekor gorila kembar berusia dua hari yang lahir di Zoo Frankfurt telah mati hari ini menurut pengarah zoo tersebut.

Zoo itu akan membenarkan ibu Dian, 26, untuk terus membawa anaknya bersamanya, menunggunya sehingga ia bersedia untuk menyerahkannya atas kerelaannya sendiri.

“Kami membiarkan alam semula jadi menentukannya,” kata Manfred Niekisch.

Tambahnya lagi, kembar yang mati itu kelihatan lebih kecil dan lemah dan tidak memiliki banyak bulu daripada kembarnya yang satu lagi, namun punca kematian masih belum jelas.

“Kami gembira dengan keadaan anak gorila yang kedua itu,” kata Niekisch. Kakitangan zoo belum lagi dapat memastikan jantinanya.

Dian melahirkan pada Selasa tanpa sebarang kesukaran dalam kelahiran pertama sebegitu dalam sebuah zoo Jerman setelah hampir 50 tahun. Kali terakhir ia berlaku pada 1967, juga di Frankfurt.

ARTIKEL YANG SAMA