Kembar siam Bangladesh meninggal dunia

Kembar siam Bangladesh meninggal dunia

DHAKA, 16 Nov (AFP) – Anak damit perempuan kembar siam telah meninggal dunia di Bangladesh kurang seminggu selepas mereka dilahirkan, menurut hospital yang merawat mereka hari ini.

Beribu-ribu orang telah melawat kembar itu, yang dilahirkan dengan dua kepala, dua jantung, tetapi hanya satu badan, selepas berita tersebar tentang ‘kelahiran baru ajaib’ minggu lalu.

Mereka telah ditempatkan di bahagian penjagaan rapi Hospital Kolej Perubatan Dhaka, hospital awam terbesar Afghanistan, yang menubuhkan sepasukan pakar untuk merawat mereka.

Tetapi ketua unit penjagaan rapi berkata mereka telah meninggal dunia lewat semalam selepas mengalami kegagalan jantung. “Keadaannya tidak stabil sejak dilahirkan. Dia meninggal dunia sebelum kami campur tangan,” kata Abid Hossian Molla.

“Dia adalah kembar siam luar biasa dengan dua kepala. Dia mempunyai dua tangan dan dua kaki seperti anak damit biasa, tetapi di dalam dia mempunyai dua jantung, dua set paru-paru dan berkongsi organ pelvis.”

Ayah kembar siam itu, Jamal Mia berkata dia telah mengebumikannya di kawasan perkuburan awam di Dhaka.

“Saya tidak mampu menggunakan khidmat ambulans untuk membawanya pulang ke rumah di Dhaka.” Maka para doktor memberikan saya wang untuk mengebumikannya di Dhaka,” kata MIa.

ARTIKEL YANG SAMA