Kembara memerhati keindahan spesies burung

Kembara memerhati keindahan spesies burung

MAINE – Satu paradigma telah tercipta di mana aktiviti memerhati burung kian menjadi salah satu hobi yang cukup digemari dan para pemerhati tersebut berpeluang untuk pelbagai spesies burung terbang bebas di udara seperti helang, stout dan angsa yang berenang di kolam

Siri lawatan dan acara tersebut adalah bertujuan untuk menarik lebih ramai penggemar aktiviti memerhati burung untuk mengembara di seluruh wilayah di Amerika Syarikat termasuk Los Angeles, Minneapolis, Hampton dan New Hampshire demi untuk merakamkan setiap gambar spesies burung yang mereka temui.

Pada kebiasaannya, kembara tersebut dimulakan dengan aktiviti pendakian dan salah satu acara yang paling dinantikan adalah Birds on tap Roadtrip di mana tahun ini adalah tahun kedua penganjurannya.

“Melalui penganalisaan kami peminat bagi aktiviti pemerhatian burung semakin bertambah pada tahun ini berbanding pada tahun lalu,” jelas Derek Lovitch yang mengetuai aktiviti kembara tersebut.

Aktiviti kembara tersebut telah diselaraskan oleh Freeport Wild Bird yang dikendalikan oleh Lovitch dan isterinya, Jeannette.

Maine Bus turut bekerjasama dalam menjayakan aktiviti pemerhatian burung di mana ia turut menjadi pengangkutan utama kepada para peserta dalam kembara itu.
Maine Bus turut bekerjasama dalam menjayakan aktiviti pemerhatian burung di mana ia turut menjadi pengangkutan utama kepada para peserta dalam kembara itu.

m15-d_02122016

Pasangan tersebut turut bekerjasama dengan Maine Brew Bus yang merupakan sebuah bas berwarna hijau yang membawa para pengunjung untuk mengembara dari sebuah tempat ke sebuah tempat lain pada harga yang sangat berpatutan.

Kembara pada tahun ini berlangsung daripada bulan Februari dan dijangka bakal berterusan hingga pada bulan Disember di mana sambutan yang diterima jelas cukup menggalakkan.

Sementara kembara yang diadakan pada bulan ini menampilkan konsep Fall Ducks and Draughts di mana kembaranya melibatkan pemerhatian pada pelbagai spesies burung seperti mergansers, goldeneyes, buffleheads dan teals yang bersayap hijau.

Malah para pengembara yang menyertai kembara pada bulan ini turut berkesempatan untuk menyaksikan sendiri spesies helang peregrine sedang berehat di sebuah kawasan yang berdekatan.

Para peserta kembara pemerhatian burung yang khusyuk mendengarkan penjelasan yang diberikan.
Para peserta kembara pemerhatian burung yang khusyuk mendengarkan penjelasan yang diberikan.
Pelbagai aksi para peserta yang teruja kerana berpeluang untuk menyaksikan pelbagai spesies burung.
Pelbagai aksi para peserta yang teruja kerana berpeluang untuk menyaksikan pelbagai spesies burung.

Brandon Baldwin, 40 yang menyertai kembara tersebut dari Manchester menuju ke Maine bersama ibunya Carole Baldwin, 73,menjelaskan bahawa aktiviti kembara pemerhatian burung tersebut jelas merapatkan lagi perhubungan mereka dua beranak.

“Di samping rasa keseronokan yang kami perolehi kerana berpeluang untuk menyaksikan pelbagai spesies burung melalui kembara ini, secara tidak langsung turut merapatkan hubungan kami anak beranak, ” jelas Brandon.

Istimewanya, lokasi yang ditampilkan dalam kembara pemerhatian burung ini juga dipelbagaikan apabila ia turut merangkumi ruang atas bumbung yang terletak di Los Angeles dan turut menjemput beberapa orang pakar mengenai spesies burung daripada Taman Negara bagi membantu para peserta untuk mengenal pasti spesies-spesies burung yang berjaya disaksikan di kawasan bandaraya itu.

Terdapat juga beberapa siri kembara tersebut yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat swasta dan masyarakat alam semula jadi di mana ia ditawarkan pada pakej yang berbeza di mana ada daripadanya mencecah sehingga harga tiket menonton acara bola sepak. – AP