Kembara menerokai keindahan panorama kepulauan Indonesia

Kembara menerokai keindahan panorama kepulauan Indonesia

FLORES – Dengan lebih daripada 13,000 pulau, Indonesia jelas merupakan negara kepulauan terbesar di dunia.

Bagaimanapun daripada jumlah tersebut hanya 6,000 buah pulau yang selamat untuk didiami dan jumlah tersebut masih tetap memberikan banyak pilihan kepada para pengunjung yang gemar melakukan aktiviti pengembaraan.

Antara destinasi pilihan popular di kalangan pelancong asing di Indonesia adalah Bali yang merupakan sebuah pulau yang menjanjikan panorama indah dan sangat menenangkan di samping Jakarta yang menjadi ibu kota yang turut menjadi kediaman kepada 60 peratus penduduk di negara tersebut.

Pada dasarnya, penduduk di negara itu sangat ramah kepada para pelancong dan kawasan pulau di negara itu juga mudah untuk diakses yang secara tidak langsung memberikan peluang kepada mereka untuk mengenali budaya tempatan.

Berada di kawasan pulau tersebut setentunya menjanjikan pengalaman panorama yang sangat menakjubkan seperti air laut yang biru, air terjun yang jernih dan puncak gunung berapi yang sangat mengagumkan.

Panorama yang menghala ke arah laut biru di Pulau Pangabatang yang jelas boleh menenangkan fikiran.
Panorama yang menghala ke arah laut biru di Pulau Pangabatang yang jelas boleh menenangkan fikiran.

Bersebelahan dengan Bali adalah Lombok yang menawarkan begitu banyak tempat-tempat menarik seperti air terjun, pasir pantai yang putih di samping turut berpeluang untuk melakukan beberapa aktiviti laut seperti snorkeling dan skuba diving.

Terletak di bahagian barat Lombok, Senggigi adalah pusat tarikan utama pelancongan di mana ia banyak menawarkan perkhidmatan seperti hotel, restoran, kedai cenderamata, pusat rawatan spa dan banyak lagi bagi memberikan keselesaan kepada para pelancong di sepanjang tempoh percutian di pulau tersebut.

Di samping itu, khidmat pemandu pelancong juga mudah untuk diperolehi di sekitar kawasan Sengigi yang setentunya akan memudahkan lagi perjalanan para pelancong.

Dari Sengigi, para pelancong boleh merehatkan fikiran dengan menuju ke air terjuan Sendang Gile dan Tiu Kelap yang memiliki air yang sejuk dan aliran air itu juga boleh memberikan rasa ketenangan kepada para pengunjung.

Bagi yang berhasrat untuk mendapatkan barangan kraftangan, jangan terlepas untuk mengunjungi perkampungan Banyumalek yang menawarkan pelbagai ukiran tembikar yang menarik bertaraf dunia.

Para pengunjung juga berpeluang untuk mempelajari sendiri teknik pembuatan tembikar yang dilakukan secara tradisi iaitu menggunakan tangan yang setentunya menjanjikan satu kenangan yang sukar untuk dilupakan.

Bali, salah sebuah destinasi percutian popular di Indonesia.
Bali, salah sebuah destinasi percutian popular di Indonesia.
Kelihatan kawah gunung berapi yang dapat disaksikan di puncak Gunung Egon di Pulau Flores, Indonesia.
Kelihatan kawah gunung berapi yang dapat disaksikan di puncak Gunung Egon di Pulau Flores, Indonesia.
Air terjun Tiu Kelap yang memiliki air yang sejuk dan aliran air yang boleh memberikan rasa ketenangan kepada para pengunjung.
Air terjun Tiu Kelap yang memiliki air yang sejuk dan aliran air yang boleh memberikan rasa ketenangan kepada para pengunjung.

Selain tembikar, Banyumulek turut menawarkan pelbagai barang cenderamata yang menarik seperti kain sarung, hiasan dinding, selimut dan tudung di mana ia boleh dihadiahkan kepada insane tersayang.

Terdapat tiga buah rentetan pulau di kawasan utara Lombok iaitu Kepulauan Gili yang popular bagi mereka yang mendambakan suasana tenang dan lari daripada kesibukan kota.

Para pengunjung boleh menggunkan khidmat bot laju yang disediakan di Lombok menuju ke Kepualauan Gili di mana bot tersebut akan membawa pengunjung bersiar bagi menikmati keindahan suasana pantai dan turut berhenti di beberapa buah tempat menarik.

Justeru, aktiviti bergambar merupakan salah satu kemestian bagi mengabadikan kenangan di kawasan pulau yang sangat indah itu.

Sejurus selepas itu, para pengunjung boleh mengambil peluang untuk mengunjungi Flores di mana terletaknya Taman Negara Komodo, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Selain itu, para pengunjung juga berpeluang untuk menikmati pelbagai jenis buah-buahan segar dan bertemu dengan penduduk setempat di pasar Flores.

Para pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri secara lebih dekat mengenai aktiviti pembuatan pasu tembikar di Banyumulek.
Para pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri secara lebih dekat mengenai aktiviti pembuatan pasu tembikar di Banyumulek.
Pelbagai makanan laut yang segar ditawarkan di pasar tempatan di Pulau Flores.
Pelbagai makanan laut yang segar ditawarkan di pasar tempatan di Pulau Flores.
Pelbagai aktiviti sukan air yang dapat dilakukan di sekitar laut yang membiru di kebanyakan pulau di Indonesia.
Pelbagai aktiviti sukan air yang dapat dilakukan di sekitar laut yang membiru di kebanyakan pulau di Indonesia.
Pengunjung berpeluang untuk menyaksikan sendiri spesies komodo di Taman Negara Komodo yang juga merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Pengunjung berpeluang untuk menyaksikan sendiri spesies komodo di Taman Negara Komodo yang juga merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Sesuatu yang cukup menarik apabila berada di Flores adalah peluang untuk mendaki Gunung Egon yang memakan masa selama beberapa jam di samping memerlukan jumlah stamina yang mencukupi.

Sebaiknya gunakan khidmat pemandu pelancong bagi memudahkan perjalanan anda menuju ke puncak gunung tersebut di mana pengunjung boleh menyaksikan sendiri kawah gunung berapi yang sangat menakjubkan di sampong panorama yang sangat mempesonakan.

Bagaimanpun kunci utama yang harus ditanam dalam diri pengunjung ketika mengembara ke pulau ini adalah untuk menanamkan sikap berhati-hati memandangkan ia melibatkan begitu banyak aktiviti ekstrem yang setentunya memiliki risiko yang tersendiri.

Secara keseluruhan, jelajah pengembaraan para pengunjung ke pulua-pulau di Indonesia ini setentunya akan menjanjikan satu pengalaman yang cukup indah untuk dikenang. – AP

ARTIKEL YANG SAMA