Kembara minda tarik minat murid Penan

Kembara minda tarik minat murid Penan

KUCHING, 23 Nov (Bernama) – Program Kembara Minda, inisiatif Pejabat Pendidikan Daerah Marudi berjaya menarik minat murid-murid kaum Penan untuk hadir ke sekolah.

Bekas Pegawai Pendidikan Daerah Marudi yang juga pengasas program berkenaan Yunus Apok berkata, tercetusnya idea untuk memperkenalkan program itu berikutan masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid dan pelajar kaum Penan.

Menurut Yunus 120 murid Penan dari sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman di Marudi dan Baram dipilih untuk menyertai Program Kembara Minda ini dan bekerjasama dengan Kolej Tuanku Haji Bujang, Miri.

Katanya, murid-murid terbabit telah dibawa untuk melawat dan mengadakan pelbagai aktiviti dengan pelajar-pelajar di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, di samping melawat sekitar bandar Miri serta dibawa makan di Restoran Kentucky Fried Chicken.