Kemboja, China ikat perjanjian perdagangan

Kemboja, China ikat perjanjian perdagangan

PHNOM PENH, 9 Sept – Satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani di sini hari ini antara Dewan Perniagaan Kemboja (CCC) dan Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT).

Perjanjian itu telah ditandatangani antara Presiden CCC, kith Meng dan Pengerusi CCPIT, Jiang Zengwei semasa Forum Pelaburan Kemboja-China.

“MoU ini akan menyumbang kepada meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara,” kata kith Meng.

Beliau menambah bahawa perjanjian itu pada dasarnya akan meliputi bidang kerjasama seperti pertukaran maklumat, aktiviti promosi perdagangan, pertukaran lawatan, perkongsian pengalaman, dan pembinaan keupayaan.

Jiang Zengwei (kiri) berjabat tangan dengan Kith Meng ketika majlis penandatangan memorandum persefahaman (MoU) antara CCC dan CCPIT kelmarin. - Xinhua
Jiang Zengwei (kiri) berjabat tangan dengan Kith Meng ketika majlis penandatangan memorandum persefahaman (MoU) antara CCC dan CCPIT kelmarin. – Xinhua

Bercakap mengenai Forum Pelaburan Kemboja-China, Jiang berkata kerjasama baik antara China dan Kemboja adalah asas yang kukuh menggalakkan lebih ramai pelabur China ke Kemboja.

“Perusahaan memainkan peranan yang amat penting dalam menggalakkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara,” katanya. “CCPIT bersedia untuk menggalakkan lebih banyak syarikat China untuk melabur di Kemboja dan untuk membantu syarikat Kemboja yang ingin melakukan perniagaan di China.”

Beliau yakin bahawa forum itu akan memberi sumbangan untuk membangunkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara China dan Kemboja.

Jiang mengetuai delegasi 47 syarikat China dalam rangka lawatan ke Kemboja. – Xinhua