Kemboja kutuk letupan bom di ibu negara

Kemboja kutuk letupan bom di ibu negara

PHNOM PENH, 7 Sept – Kemboja hari ini mengutuk letupan bom di ibu negara Phnom Penh dan menggesa orang ramai untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menghadapkan pelakunya ke muka pengadilan.

Letupan itu berlaku pada 19:30 waktu tempatan semalam di daerah masyarakat Chamkamon, Boeung Keng Kang III, mengakibatkan empat orang cedera dan empat kereta rosak, kata kenyataan Kementerian Dalam Negeri.

Rakaman kamera keselamatan yang dimuat naik ke Facebook lewat kelmarin menunjukkan suspek menunggang sebuah motosikal dan melemparkan bom tangan di jalan raya dan meletup tidak lama kemudian.

“Kementerian Dalam Negeri amat kesal dengan kejadian itu, yang menyebabkan kecederaan kepada orang yang tidak bersalah dan merosakan harta benda orang ramai,” kata kenyataan itu.

Anggota polis Kemboja memeriksa tempat kejadian di mana sebutir bom meletup di Phnom Penh, semalam, mencederakan tiga orang, menurut polis. – Xinhua
Anggota polis Kemboja memeriksa tempat kejadian di mana sebutir bom meletup di Phnom Penh, semalam, mencederakan tiga orang, menurut polis. – Xinhua

“Kementerian Dalam Negeri sekeras-kerasnya mengutuk perbuatan yang dahsyat ini.”

Kenyataan itu menambah bahawa pihak berkuasa telah mengambil langkah-langkah untuk menyiasat kes itu dengan teliti untuk membawa penjenayah untuk tindakan pendakwaan selaras dengan undang-undang.

Ia menggesa orang ramai untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan membekalkan maklumat yang berkaitan dengan letupan untuk menentukan identiti pelakunya. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA