Kemboja luluskan undang-undang kontroversi

Kemboja luluskan undang-undang kontroversi

PHNOM PENH, 7 Jun (AFP) – Kerajaan Kemboja pada Jumaat meluluskan satu undang-undang kontroversi yang mengawal persatuan bukan kerajaan yang dikhuatiri oleh aktivis akan menjejas kerja-kerja mereka di negara miskin tersebut.

Kemboja menjadi tempat tinggal kepada beribu-ribu kumpulan NGO dan persatuan awam yang menyediakan perkhidmatan dan sokongan di salah sebuah negara paling miskin di Asia Tenggara.

Perdana Menteri Hun Sen telah lama meluahkan tentangan terhadap kumpulan berkenaan, khususnya mereka yang mempertahankan hak asasi manusia di sebuah negara di mana rampasan tanah dan rasuah berlaku secara berleluasa.

Jumaat lalu, beliau mempengerusikan satu mesyuarat anggota kabinet yang meluluskan undang-undang tersebut, yang didakwa oleh kerajaan dalam satu kenyataan sebagai bertujuan “melindungi kebebasan” NGO dan pertubuhan yang ditubuhkan di Kemboja serta “mempromosi perkongsian” di antara mereka dan pihak berkuasa awam.