Kemboja tangkap lelaki dikehendaki dalam pembunuhan

Kemboja tangkap lelaki dikehendaki dalam pembunuhan

PHNOM PENH, 8 Feb – Tersangka utama dalam pembunuhan mengerikan seorang warganegara Sepanyol di Bangkok dan yang mana mayatnya kemudian dikerat-kerat, telah diberkas di Kambodia, menurut polis hari ini.

Bahagian-bahagian anggota badan milik ahli perniagaan David Bernat ditemui terapung-pung di sungai Chao Praya, Bangkok bulan lalu. Pihak polis percaya dia telah diculik dan dibunuh kerana alasan kewangan dengan para penyiasat mengatakan mereka telah mengesan pergerakan lebih AS$1 juta dari akaun bank mangsa selepas kematiannya.

Minggu lalu mereka mendedahkan tersangka utama mereka sebagai Artur Segarra, 36 tahun juga warga Sepanyol, dengan mengatakan mereka yakin lelaki itu masih berada di Thailand kerana baru-baru dia telah mengeluarkan wang dari mesin wang di negara itu. tetapi polis Kambodia berkata Segarra telah diberkas di sebuah restoran semalam di bandar Sihanoukville.

Kes menakutkan itu telah mendominasi liputan media Thailand dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini dengan rangkaian televisyen menyiarkan gambar-gambar menggerunkan yang memaparkan para pegawai menarik keluar mayat manusia dari sungai. Pihak polis telah menyoal siasat seorang wanita Thailand pada hujung minggu yang dikatakan dilihat bersama Segarra beberapa kebelakangan ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA