Kemboja terima kumpulan pertama pencari suaka

Kemboja terima kumpulan pertama pencari suaka

PHNON PENH, 4 Jun (AFP) – Kemboja hari ini menerima kumpulan pencari suaka pertama dari tahanan Australia dengan kumpulan hak asasi melabelnya ‘tikus putih manusia’ bagi dasar tidak ambil peduli Canberra untuk menghantar pelarian ke negara-negara lain.

Penghijrah – tiga warga Iran dan seorang etnik Rohingya dari Myanmar —diterbangkan ke Phnom Penh, ibu negara salah sebuah daripada negara termiskin Asia Tenggara dan memegang rekod lemah menegakkan hak asasi kemanusiaan.

“Mereka sudah tiba dan kami sudah menyerahkan mereka kepada IOM,” Chhay Bonna, ketua imigresen lapangan terbang memberitahu AFP, merujuk kepada Organisasi Antarabangsa bagi Penghijrah yang ditugaskan membantu empat penghijrah itu untuk penempatan mereka.

Pelarian, tiga lelaki dan seorang perempuan, disambut oleh pegawai imigresen Kemboja dan perwakilan dari kedutaan Australia di seksyen VIP lapangan terbang Phnom Penh itu, seorang wartawan AFP di tempat itu menjelaskan.

IOM dalam kenyataan mengatakan kumpulan itu dibawa ke tempat penginapan sementara di ibu negara Kemboja di mana mereka akan menjalani latihan bahasa dan juga ‘orientasi budaya dan sosial.’

Penghijrah (dua kanan) ditahan di bawah Australia di pulau Pasifik, Nauru, diiringi ke kenderaan yang menunggu oleh polis Kemboja sejurus ketibaan di lapangan terbang antarabangsa Phnom Penh, 4 Jun. Kemboja menerima kumpulan pertama pencari suaka dari tahanan Australia hari ini sebagai sebahagian daripada perjanjian kontroversi antara dua negara yang mencetuskan kritikan meluas antarabangsa. – AFP

“Mereka di sini, mereka sihat dan kami meminta mereka diberikan privasi,” jurucakap serantau IOM, Joe Lowry memberitahu AFP.

Di bawah dasar penghijrahan berhaluan kiri Canberra, pencari suaka yang tiba menggunakan bot dinafikan penempatan di Australia dan dihantar ke Papua New Guinea dan Nauru, meskipun mereka adalah pelarian sebenar.

Perjanjian kontroversi itu dimeterai September lalu bagi membenarkan mereka yang diberikan status pelarian di Nauru untuk ditempatkan secara tetap di Kemboja.

Di bawah persetujuan itu, Kemboja akan menerima pelarian Australia yang tidak dikehendaki bagi balasan bantuan bernilai berjuta-juta dolar dalam masa empat tahun akan datang.

Canberra akan membayar semua kos langsung aturan penempatan dan pelarian hanya akan dipindahkan ke negara-negara Asia Tenggara secara sukarela.

ARTIKEL YANG SAMA