Kemenangan Duterte beri harapan Sison

Kemenangan Duterte beri harapan Sison

MANILA, 12 Mei (AFP) – Ketua pemberontak komunis Filipina Jose Maria Sison melahirkan harapan penamatan hidup dalam buangan hampir tiga dekad, di bawah presiden baru Rodrigo Duterte, kepulangan yang berpotensi dibantah oleh orang kanan tentera.

Sison, kini 77 tahun telah lari ke Eropah tidak lama selepas rundingan damai yang gagal pada tahun 1987 dan sejak itu telah tinggal di luar negara, sementara salah satu pemberontakan paling lama di Asia terus mengorbankan beribu-ribu jiwa.

“Saya akan kembali ke Filipina jika Duterte memenuhi janjinya untuk melawat saya,” pengasas parti yang berpangkalan di Belanda, Parti Komunis Filipina (CPP) itu berkata dalam ulasan yang dihantar ke halamannya di Facebook lewat semalam. “Prospek bagi rundingan damai nampaknya cerah pada masa ini,” tambah Sison.

Sison, profesor sains politik, yang menubuhkan parti itu pada Disember 1968 dan telah melancarkan kempen gerila tiga bulan kemudian. Pemberontakan telah mengakibatkan kira-kira 30,000 kematian, mengikut pengiraan rasmi.

Duterte, pelajar Sison di sebuah universiti di Manila pada tahun 1960an, adalah datuk bandar lama bagi bandar selatan Davao. Sebilangan kubu kuat komunis hari ini adalah berdekatan Davao, dan Duterte telah mengekalkan hubungan dengan mereka.

Sison berkata dalam ulasan yang dihantarnya ke Facebook, dia mengucapkan tahniah kepada Duterte melalui orang tengah, di atas kemenangannya dan menyeru rundingan damai disambung semula, gencatan senjata, pembebasan tahanan politik dan ‘penangkapan dan perbicaraan ke atas Aquino”.

ARTIKEL YANG SAMA