Kemenangan Itali cetus sambutan liar

Kemenangan Itali cetus sambutan liar

UEFA-Euro-2016-Logo

LYON, 14 Jun (AFP) – Emanuele Giaccherini dan Graziano Pelle mencetuskan sambutan liar bersama Itali selepas menjaringkan gol dalam kemenangan 2-0 ke atas pasukan nombor dua dunia, Belgium dalam aksi pembukaan Euro 2016 mereka.

Juara bertahan Sepanyol, yang memburu kemenangan ketiga, juga bermula dengan kemenangan sukar 1-0 ke atas Republik Czech. Sweden yang dibintangi Zlatan Ibrahmovic dan Republik Ireland seri 1-1.

Red Devil Belgium dihukum persembahan menarik Itali biarpun mendominasi permainan dalam pertemuan Kumpulan E di Lyon.

Jurulatih Itali berkata kegagalan pusingan pertama pasukan itu pada Piala Dunia 2014 seharusnya memberikan inspirasi kepada Azzurri untuk berjaya pada Kejohanan Eropah. “Ia membuka luka dua tahun lalu untuk memberikan semangat kepada pemain,” kata Conte.

Jaringan Giaccherini selepas setengah jam meletakkan masa depan pengurus Chelsea itu di depan sebelum penyerang Southampton, Pelle melengkapkan kemenangan dengan penyudah menarik menerusi hantaran lintang Antonio Canreva.

Penjaga gol veteran dan kapten pasukan, Gianluigi Buffon berlari dalam sama-sama meraikan jaringan. Pelle juga melompat ketika dia memenangi perlawanan itu.

Belgium sekarang menghadapi pertemuan penting bersama Ireland di Bordeaux Sabtu ini, dan jika mereka mahu menghindarkan penyingkiran lebih awal yang memalukan.

Barisan serangan pasukan Belgium terdiri daripada pemain bintang Eden Hazard, Kevin de Bruyne dan Romelu Lukaku dikecewakan oleh pemain pertahanan Itali ‘BBC’ yang terdiri daripada Andre Barzagli, Leonardo Bonucci dan Giorgio Chiellini.

“Pasukan pertahanan menarik dan saya rasa kami memiliki barisan pertahanan terbaik dalam perlawanan ini. Mereka menghasilkan perbezaan,” kata penjaring gol Giarccherini.

Pada satu sudut lain, pasukan Belgium terdedah apabila hantaran tinggi Bonucci tepat kepada Giaccherini di belakang pertahanan Belgium untuk menyudahkan rembatan yang menewaskan Thibaut Courtois.

belgium

ARTIKEL YANG SAMA