Kemenangan kami dirompak – Panama

Kemenangan kami dirompak – Panama

ATLANTA, 23 Julai – Mexico melangkah ke final Piala Emas CONCACAF semalam selepas kemenangan tendangan penalti kontroversi yang menurut jurulatih Panama Hernan Dario Gomez kemenangan sah pasukannya telah dirompak.

Kapten Mexico Andres Guardado menjaringkan gol pada masa kecederaan melalui tendangan penalti selepas minit ke-90 dan ke-105 untuk memberikan pasukannya kemenangan pada masa tambahan dengan keputusan 2-1 ke atas Panama yang bermain 10 orang dalam aksi separuh akhir di hadapan lebih 70,000 penonton di Georgia Dome.

“Ini adalah rompakan besar,” kata Gomez.

“Itu adalah rompakan dengan ugutan bersenjata. Sangat sedih untuk dinyatakan. Kami dirompak.”

Pasukan Mexico yang juga perlukan gol Guardado melalui tendangan penalti selepas faul kontroversi pada minit ke-120 untuk menumpaskan Costa Rica 1-0 dalam suku akhir, akan berdepan Jamaica di Philadelphia Ahad ini dalam perlawanan untuk merebut gelaran kejohanan bola sepak serantau Amerika Utara yang diadakan dua tahun sekali.

Pemain Panama Alberto Quintero (19) dan Harold Cummings (3) mengejar pengadil Mark Geiger selepas tidak puas hati tewas kepada Mexico di Georgia Dome semalam. – AFP
Pemain Panama Alberto Quintero (19) dan Harold Cummings (3) mengejar pengadil Mark Geiger selepas tidak puas hati tewas kepada Mexico di Georgia Dome semalam. – AFP

‘Reggae Boyz’ pula mengejutkan AS 2-1 dalam aksi separuh akhir dalam perlawanan lain hari itu.

Menjelang kemenangan penuh beremosi dalam minit ke-89, Torres ditegur kerana melakukan kesalahan hand ball di kotak penalti selepas terjatuh ke atas bola apabila tersentuh penyerang Mexico.

“Pengadil tidak bagus,” jurulatih Mexico Migual Herrera berkata. “Penalti pertama bukan penalti, tetapi kadangkala ia kontroversi dan memihak kepada kami. Itu bukan pasukan kami, tetapi pengadil.

Konfrontasi dua pasukan menyusuli apabila pemain Panama mempertikaikan arahan Geiger.

Kedua-dua pasukan mengikutinya ke garisan tepi untuk merayu kes mereka dan ketegangan mendidih dengan tolakan dan renggutan ketika penonton melontar makanan dan sampah ke arah pemain dan pegawai. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA