Kemenangan pertama, Tottenham Hotspur tarik nafas lega

Kemenangan pertama, Tottenham Hotspur tarik nafas lega

LONDON, 21 Ogos – Mauricio Pocettino percaya pasukan Tottenham Hotspur sekarang boleh menarik nafas selepas kemenangan pertama dalam kempen itu yang menggariskan kedudukan kekecewaan terlepas gelaran Liga Perdana musim lalu.

Cabaran kelab dari Utara London itu dirasakan jauh musim lalu dengan pasukan kendalian Pochettino menamatkan tangga ketiga selepas memberikan tekanan kepada Leicester City sehingga minggu–minggu penutup.

Selepas keputusan seri di Everton, mereka mencatatkan kemenangan pertama musim ini dengan kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace di White Hart Lane semalam.

‘Saya rasa ia adalah penting untuk memulihkan perasaan ini kerana akhir musim adalah sukar,” kata pengurus dari Argentina itu, 44.

Wanyama semasa menjaringkan gol buat Tottenham Hotspur di White Hart Lane di London. – AP
Wanyama semasa menjaringkan gol buat Tottenham Hotspur di White Hart Lane di London. – AP

“Tetapi hari ini adalah bagus untuk melupakan musim lalu sekarang, untuk bersedia. Ini adalah musim yang berbeza, saya gembira dengan skuad ini.”

Jaringan pertama bagi Victor Wanyama sejak perpindahannya pada musim panas dari Southampton dalam mencatatkan kemenangan.

Pochettino memuji kemunculan pemain midfield dari Kenya itu di laman sendiri, begitu juga dengan pemain penyerang Belanda, Vincent Janssen yang juga membuat kemunculan pertamanya di White Hart Lane.

‘Saya gembira dengan kemenangan ini kerana saya adalah seorang pemain, dan saya tahu ia adalah penting untuk menjaringkan gol dan merasakan keindahan penyokong anda, seperti Vincent juga pada hari ini,’ kata Pochettino, bekas pemain pertahanan antarabangsa Argentina. – AFP