Kemenangan presiden bertukar tragedi

Kemenangan presiden bertukar tragedi

LIBREVILLE, 1 Sept – Ketua Pembangkang Gabon berkata pasukan keselamatan telah membunuh dua orang dan 19 lagi cedera di ibu pejabat beliau hari ini, apabila keganasan tercetus selepas Presiden Ali Bongo di isytiharkan sebagai pemenang pilihan raya yang dipertandingkan.

Beribu-ribu penunjuk perasaan yang marah turun ke jalan-jalan di Libreville menuduh kerajaan mencuri pilihan raya selepas Bongo memenangi penggal kedua dengan jarak jumlah yang tipis ke atas saingan Jean Ping. – AFP