Kemenangan PSG korbankan pemain

Kemenangan PSG korbankan pemain

PARIS, 20 Nov – Dua pemain tonggak Paris St Germain (PSG) ditimpa kecederaan menjelang pertembungan penting Liga Juara-Juara menentang Arsenal ketika mencatat kemenangan 2-0 ke atas Nantes dalam saingan Ligue 1, awal pagi tadi.

Juara Perancis itu yang dijadualkan berkunjung ke stadium Emirates pada Khamis ini bagi meraih tempat teratas Kumpulan A, dan kini berada di kedudukan kedua Ligue 1 selepas mengumpul 29 mata daripada 13 perlawanan, berkongsi mata dengan pendahulu Monaco yang memiliki kelebihan jaringan.

Kelab di tangga ketiga, Nice yang juga mengumpul 29 mata akan merampas kembali kedudukan teratas jika berjaya mengelak kekalahan ketika bertemu St Etienne, hari ini.

Perancang Argentina, Angel Di Maria meledak gol pertama tuan rumah yang juga gol pertamanya di Ligue 1 musim ini pada minit ke-13 sebelum dikeluarkan 10 minit sebelum babak pertama berakhir selepas mengalami kecederaan paha.

Jese kemudian melengkapkan gol kemenangan menerusi penalti pada lewat permainan.

Angel Di Maria yang menjaringkan gol pada perlawanan tersebut terpaksa dikeluarkan padang pada 10 minit sebelum babak pertama berakhir selepas mengalami kecederaan paha. - AFP
Angel Di Maria yang menjaringkan gol pada perlawanan tersebut terpaksa dikeluarkan padang pada 10 minit sebelum babak pertama berakhir selepas mengalami kecederaan paha. – AFP

Rakan senegara Di Maria, Javier Pastore yang dimasukkan buat pertama kali selepas pulih kecederaan betis yang dihadapinya pada September lalu juga kemungkinan mengalami kecederaan lutut pada masa kecederaan.

PSG ketika ini sudah kehilangan pemain tengah berpengaruh, Adrien Rabiot bagi pertemuan dengan Arsenal selepas pemain kebangsaan Perancis itu berdepan kecederaan ketiga tugasan antarabangsa.

“Kami mengeluarkannya (Di Maria) sebagai langkah berjaga-jaga, saya berharap dia akan sembuh pada Rabu (awal pagi Khamis),” kata jurulatih PSG, Unai Emery yang berharap kecederaan Pastore tidak serius.

“Saya berharap ia kecederaan yang kecil. Kami akan mengetahuinya dengan lebih lanjut selepas dia bertemu doktor.” – AP