Kemenangan undian junta jadikan negara ‘ketinggalan’

Kemenangan undian junta jadikan negara ‘ketinggalan’

BANGKOK, 8 Ogos – Satu kemenangan referendum untuk jeneral pemerintah Thailand mengenai perlembagaan baru adalah langkah ‘ketinggalan’ untuk negara, kata bekas perdana menteri yang digulingkan hari ini tatkala gerakan demokrasi berpulih daripada kekalahan pengundian pertamanya dalam satu dekad.

Negara itu telahpun diperintah oleh junta selama dua tahun sejak kerajaan Yingluck Shinawatra disingkirkan.

Majoriti pengundian ‘ya’ sebagai menyokong piagam merupakan ujian pertama tinjauan pendapat sejak rampasan kuasa pada 2014, walaupun kempen bebas dan perdebatan terbuka disekat sebelum pilihan raya.

Pengundian memberikan kesahan kepada junta yang berkata ia sahaja yang boleh menstabilkan Thailand dan membersihkan politik selepas mengalami kekacauan selama satu dekad.

Ia juga memberikan tamparan hebat kepada gerakan prodemokrasi negara, yang sejak 2006 telah terjejas oleh dua rampasan kuasa, keputusan mahkamah dan tindakan keras tentera.

Keputusan tidak rasmi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan 61.4 peratus daripada negara menyokong dokumen itu, dengan 38.6 peratus mengundi ‘tidak’.

Kehadiran adalah di bawah 55 peratus – jumlah yang rendah sebahagiannya disebabkan pengharaman ke atas kempen.

“Saya menerima keputusan rakyat,” kata Yingluck di laman media sosial, dalam reaksi pertamanya terhadap pengundian semalam, menambah beliau ‘tidak terkejut’ dengan keputusan disebabkan pengharaman ke atas perdebatan dokumen.

“Saya berasa sedih negara kami ketinggalan disebabkan perlembagaan yang tidak bersifat demokratik,” tambah beliau.

Ahad menandakan kekalahan pertama keluarganya dalam pengundian sejak referendum piagam ekoran rampasan kuasa 2006 yang mengguling Thaksin Shinawatra – abang Yingluck yang menjadi tumpuan perpecahan politik Thailand. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA