Kementerian Kesihatan sangkal laporan berhubung rawatan Anwar

Kementerian Kesihatan sangkal laporan berhubung rawatan Anwar

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) – Kementerian Kesihatan menyangkal laporan beberapa portal berita yang mendakwa tiada rawatan imejan resonans magnetik (MRI) diberikan kepada bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau ditahan di penjara Sungai Buloh.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua MRI dilakukan ke atas Anwar, pada 2 Jun dan 24 Ogos, dengan laporannya disediakan pakar perunding radiologi Hospital Kuala Lumpur.

Salinan laporan dan CD imej itu telah diserahkan kepada keluarga Anwar pada 14 Julai dan 21 Sept, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA