Kementerian Kewangan rai Nuzul Quran

Kementerian Kewangan rai Nuzul Quran

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini menganjurkan Majlis Nuzul Al-Quran yang diselajurkan dengan penyampaian sumbangan derma kepada 23 orang anak-anak yatim warga kementerian itu.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Dewan Teater, Kementerian Kewangan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

Ia turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Kewangan (Fiskal) Dato Paduka Haji Hisham bin Haji Mohd Hanifah, Timbalan Menteri Kewangan (Pelaburan), Dato Paduka Dr. Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, setiausaha-setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai Kanan dan Kakitangan di kementerian berkenaan.

Majlis juga diserikan dengan ceramah Nuzul Al-Quran bertajuk ‘Berdamping dengan Al-Quran’ yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah, Awang Isham bin Ismail.

Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim warga kementerian.
Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim warga kementerian.

ARTIKEL YANG SAMA