Kementerian Pembangunan anjur tadarus

Kementerian Pembangunan anjur tadarus

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman memimpin bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya terlibat di Majlis Tadarus Al-Quran, Bertahlil dan Berbuka Puasa di Masjid Ash-Shaliheen di sini.

Majlis berkenaan merupakan anjuran Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi mendapatkan keberkatan dan sekali gus mengimarahkan masjid sempena bulan Ramadan yang berkebajikan ini.

Sebelum berlangsungnya tadarus Al-Quran hari ini, tetamu kehormat majlis berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan wakaf yang berupa 20 buah kerusi tingkat 2 dalam 1 kepada Pegawai Masjid, Imam Anuar bin Haji Salim

Sejurus selepas Tadarus Al-Quran, sidang jemaah meneruskan agenda majlis dengan bacaan Tahlil sebelum diikuti acara berbuka puasa dan ditutup dengan solat fardu Maghrib berjemaah.

Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi memulakan bacaan Al-Fatihah.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi memulakan bacaan Al-Fatihah.
Tetamu kehormat menyampaikan wakaf kepada Imam Masjid Ash Shaliheen.
Tetamu kehormat menyampaikan wakaf kepada Imam Masjid Ash Shaliheen.

Menurut kenyataan penganjur, majlis tersebut merupakan sebahagian daripada program keagamaan yang dikendalikan bersempena bulan Ramadan dan sebagai susulan majlis hari ini, satu Majlis Khatam juga akan didakan di rumah kediaman Menteri Pembangunan pada 6 Julai 2015 nanti.

ARTIKEL YANG SAMA