Kementerian Pembangunan raikan bakal haji

Kementerian Pembangunan raikan bakal haji

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Seramai 12 bakal jemaah haji terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya, diraikan dalam Majlis Doa Selamat yang berlangsung di Dewan Betabur, kementerian berkenaan di sini.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin bin Abdullah.

Majlis diserikan dengan ceramah khas bertajuk ‘Hakikat Haji yang Mabrur’ yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Jufri bin Haji Hidup.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin hadir selaku tetamu kehormat mendengar ceramah yang disampaikan oleh Haji Jufri.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin hadir selaku tetamu kehormat mendengar ceramah yang disampaikan oleh Haji Jufri.

Pada majlis itu, para bakal haji menerima sumbangan derma sebagai ingatan baik daripada warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh penceramah undangan bagi sama-sama memohon kesejahteraan dan keselamatan bakal jemaah haji serta dipermudahkan segala urusan dan kembali ke tanah air dengan ganjaran haji yang mabrur.

ARTIKEL YANG SAMA