Kementerian Pembangunan sambut Lebaran

Kementerian Pembangunan sambut Lebaran

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai – Syawal yang belum berlalu terus diraikan di negara ini dengan majlis-majlis sambutan Aidilfitri oleh pihak-pihak kementerian, syarikat swasta dan pelbagai pihak lagi.

Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya turut tidak ketinggalan meraikan Lebaran tahun ini di Dewan Muhibah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Lapangan Terbang Lama, Berakas hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin bin Abdullah. Ia turut dihadiri para pegawai, dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya serta keluarga mereka.

Sambutan diserikan dengan pelbagai persembahan menarik daripada wakil-wakil setiap jabatan di bawah kementerian tersebut antaranya daripada kumpulan Ketupat Rendang, Suara Ria Komedi, Do Re Mi, Lakastah Berkonvoi, Lemang Hangus, Si Manis Cute Sepuloh Beraya dan WDS yang mempersembahkan nyanyian lagu-lagu Hari Raya dan sketsa.

Menteri Pembangunan melawat pondok-pondok berhias yang ikut serta dalam pertandingan tersebut.
Menteri Pembangunan melawat pondok-pondok berhias yang ikut serta dalam pertandingan tersebut.

pg10_160728_d

Majlis juga diserikan dengan persembahan ahli jawatankuasa majlis dengan lagu ‘Seloka Hari Raya.’

Bagi memeriahkan lagi suasana, pertandingan Pondok Berhias juga diadakan disertai 14 buah pondok dari jabatan-jabatan di bawah kementerian. Pondok-pondok yang menyertai mengetengahkan pelbagai konsep seperti kecantikan, kebersihan, keceriaan, kredibiliti dan kitar semula.

Yang Berhormat Dato juga berkesempatan mengunjungi pondok-pondok bertanding dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang pondok terbaik pada majlis itu.

ARTIKEL YANG SAMA