Kementerian Pembangunan terima kunjungan muhibah

Kementerian Pembangunan terima kunjungan muhibah

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Julai – Kementerian Pembangunan, hari ini, telah menerima kunjungan muhibah daripada Presiden Komiti Hal Ehwal C-Kewangan dan Ekonomi, Republik Demokratik Timor-Leste, Virgilio Maria Dias Marcal bersama delegasi seramai 15 orang, hari ini.

Kunjungan rombongan berkenaan telah dialu-alukan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin bin Abdullah.

Semasa perjumpaan tersebut, delegasi dari Republik Demokratik Timor-Leste telah berkesempatan untuk berbincang dengan lanjut mengenai projek-projek kemajuan yang diungkayahkan oleh Kementerian Pembangunan, antaranya ialah isu-isu yang berkaitan dengan penyediaan rumah-rumah bagi projek Rancangan Perumahan Negara (RPN) dan juga perancangan dan perlaksanaan dalam penggunaan tanah di negara ini.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin bersama Virgilio Maria Dias Marcal semasa kunjungan muhibah tersebut di Kementerian Pembangunan.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin bersama Virgilio Maria Dias Marcal semasa kunjungan muhibah tersebut di Kementerian Pembangunan.

Dalam pada itu, delegasi berkenaan juga dijadualkan untuk melawat tapak projek Rancangan Perumahan Negara Lugu, di Daerah Brunei dan Muara yang akan diadakan kemudian.

Hadir sama semasa kunjungan itu ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Haji Marzuke bin Haji Mohsin serta beberapa orang pegawai kanan dari Kementerian Pembangunan.

Delegasi dari Republik Demokratik Timor-Leste diiringi oleh Chargé d’Affaires Republik Demokratik Timor-Leste ke Negara Brunei Darussalam, Erminio da Silva Pinto.

ARTIKEL YANG SAMA