Kementerian Pendidikan bertadarus di Telisai

Kementerian Pendidikan bertadarus di Telisai

TUTONG, 23 Jun – Kementerian Pendidikan dan Jabatan-jabatan di bawahnya hari ini memulakan Majlis Tadarus, Tahlil dan Doa Arwah sempena bulan Ramadan di Masjid Kampong Telisai, Tutong.

Mengetuai rombongan, Menteri Pendidikan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong. Turut menyertai rombongan Timbalan Menteri Pendidikan, Dato Seri Setia Haji Yusoff bin Haji Ismail.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah diketuai oleh Yang Berhormat Pehin selaku ketua rombongan. Ini disusuli bacaan Tadarus Al-Quran yang didahului oleh Menteri Pendidikan, Timbalan Menteri Pendidikan, pengarah-pengarah, penolong-penolong pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

Bacaan surah Yasin dan doa tahlil diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampong Telisai, Awang Md Didi Normandy bin Haji Awang Ahmad.

Majlis turut menyaksikan penyampaian wakaf dari warga Kementerian Pendidikan bagi kegunaan Masjid Kampong Telisai, Tutong berupa sebuah projektor dan layar skrin yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin kepada Imam Masjid Kampong Telisai.

Yang Berhormat Pehin mengetuai bacaan surah Al-Fatihah semasa bertadarus di Masjid Kampong Telisai, Tutong.
Yang Berhormat Pehin mengetuai bacaan surah Al-Fatihah semasa bertadarus di Masjid Kampong Telisai, Tutong.

Majlis antara lain bertujuan untuk menghidupkan bulan Ramadan dengan memperbanyakkan amal ibadat termasuk bertadarus Al-Qur’an di samping untuk mendapatkan ganjaran pahala yang berlipat ganda dari Allah Subhanahu Wata’ala.

Majlis Tadarus, Tahlil dan Doa Arwah Sempena Bulan Ramadan Kementerian Pendidikan 1436H/2015M dikendalilkan bersama oleh Jabatan Perkembangan Kurikulum, Bahagian Pengajian Tinggi dan Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan, Kementerian Pendidikan.

Juga hadir Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Ramli bin Haji Lahit; Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman; Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal Abidin; Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Haji Abdul Rahim bin Derus; pengarah-pengarah, timbalan-timbalan pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan dari Kementerian Pendidikan.

Majlis serupa akan diteruskan lagi pada 25 Jun, di Dewan Sekolah Rendah Rataie, Daerah Temburong.

ARTIKEL YANG SAMA