Kementerian Pendidikan mulakan kunjungan berdikir

Kementerian Pendidikan mulakan kunjungan berdikir

Oleh Pg Fairol RMF
Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Dis – Bagi menyemarakkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W 1438 Hijrah, rombongan daripada Kementerian Pendidikan telah memulakan majlis berdikir ke masjid-masjid di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara, hari ini.

Rombongan berkenaan telah dike-tuai oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

Turut serta ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

Majlis dimulakan dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Awang Zulkifli bin Haji Murad sebelum diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin dan bacaan Dikir Syarafil Anam.